Sunday 16 October 2011

07. SIFAT HURUF : Sambungan 2 ...

07.02.01 SIFAT KETARA

1.      Sifat Isti’la
·         Dari segi Bahasa Isti’la bererti Tinggi
·         Dari segi Istilah, Isti’la bermaksud sebutan Tinggi iaitu sebutan yang berbunyi ‘o’ (seperti bunyi perkataan ‘war’ dalam Bahasa Inggeris) ketika berbaris Atas
·         Sifat Isti’la gugur apabila Huruf-Huruf tersebut tidak berbaris Atas
·         Kedudukan Bibir-Bibir Atas dan Bawah sedikit terkedepan ketika menyempurnakan Sifat Isti’la

Bilangan Huruf-Huruf Isti’la adalah lapan iaitu :

 ر ظ ق ط غ ض ص خ


MULAHADZAH

a.                   Oleh kerana Sifat Isti’la terjadi ketika berbaris Atas sahaja, maka ketika tidak berbaris Atas kedudukan Mulut adalah seperti Huruf-Huruf yang lain kecuali Huruf-Huruf Itbaq
b.                  Syihabuddin AlQastallani menyebut dalam Kitabnya LataifulIsyarat LiFununilQiraat22 bahawa Huruf ر ketika Tafkhim mengambil Sifat Isti’la
c.                   Huruf ر dimasukkan di dalam Huruf Isti’la kerana asal Huruf ر adalah tebal sebagaimana pandangan Imam Syatibi
d.                  Walaupun Huruf  ل  juga mengambil Sifat Isti’la ketika Taghlidz tetapi tidak dimasukkan di bawah Sifat Isti’la kerana bukan semua Huruf ل yang berbaris atas itu Taghlidz dan lagi asal Huruf ل  adalah nipis
e.                   Bukan semua Huruf Isti’la itu Tafkhim (Tebal)

2.      Sifat Istifal
·         Dari segi Bahasa Istifal bererti Rendah
·         Dari segi Istilah, Istifal bermaksud sebutan Fathah Tawassut ketika berbaris Atas
·         Sifat Istifal adalah lawan bagi Sifat Isti’la

3.      Sifat Qalqalah
·         Dari segi Bahasa Qalqalah bererti Detakan
·         Dari segi Istilah, Qalqalah bermaksud Suara yang mendetak yang terjadi ketika berBaris Mati
·         Bunyi Detakan Huruf-Huruf Rendah (Istifal) di pertengahan bacaan adalah seperti bunyi Huruf Vokal ‘e tanda’ dalam Bahasa Melayu yang diIstilahkan sebagai Qalqalah Sughra
·         Bunyi Detakan di hujung bacaan diakhiri dengan Huruf Hamzah berbaris mati (glottal stop) yang diIstilahkan sebagai Qalqalah Kubra
·         Bunyi Detakan Huruf-Huruf Tinggi (Isti’la) adalah seperti ianya berbaris atas
·         Tempoh Detakan adalah sama seperti tempoh sebutan baris kecuali Huruf-Huruf berTasydid, di mana tempoh Syiddahnya adalah selama tempoh dua Huruf Mati

Bilangan Huruf-Huruf Qalqalah adalah lima iaitu :

د ج ب ط ق


PERHATIAN

a.       Qalqalah dihasilkan dari tekanan yang kuat ke atas huruf-huruf yang tertahan Nafas atau Suara, oleh itu semua Huruf Qalqalah bersifat Syiddah
b.      Bukan semua Huruf Qalqalah bersifat Jahr

4.      Sifat Istitalah
·         Dari segi Bahasa, Istitalah bererti Memanjang
·         Dari segi Istilah, Istitalah bermaksud tempoh menyebut Huruf-Huruf ketika berbaris Mati lebih Panjang atau lebih lama dari Huruf-Huruf lain

Bilangan Huruf-Huruf Istitalah adalah dua puluh tiga iaitu semua Huruf Hijaiyyah selain dari Huruf-Huruf Qalqalah dan Alif


CATATAN

‘Ulama’ tidak sepakat dalam mendefinisi Sifat Istitalah
·         Ada yang berpandangan seperti di atas23
·         Ada yang berpandangan bahawa Istitalah adalah panjangnya Makhraj24 yang dikhususkan kepada huruf ض 


MULAHADZAH

a.       Pandangan kedua adalah bersandarkan kepada Makhraj Huruf  ض  sahaja kerana dikatakan Makhraj Huruf tersebut adalah panjang iaitu bahagian tepi Lidah (kiri atau kanan atau kedua-duanya) bersentuh dengan keseluruhan (lima batang) Papan Gigi Geraham. Sebenarnya ciri ini juga terdapat pada Huruf-Huruf  ط, ظ, ن dan beberapa Huruf yang lain lagi. Oleh itu tidak tepat jika hanya dikhususkan kepada Huruf  ض  sahaja.
b.      Sekiranya Istitalah didefinisi mengikut pandangan kedua maka ianya merupakan Sifat yang terjadi dari Makhraj.
c.       Saya berpegang kepada Pandangan pertama kerana sememangnya tempoh pegangan sesetengah Huruf ketika berbaris mati adalah lebih panjang dari sesetengah Huruf yang lain
d.      Jika dianalisa terperinci setiap Huruf ketika berbaris mati, maka didapati bahawa semua Huruf-Huruf yang bukan Huruf-Huruf Qalqalah, mempunyai suatu tempoh pegangan yang lebih panjang
e.       Oleh kerana Huruf-Huruf yang mempunyai ciri ini adalah selain dari Huruf-Huruf Qalqalah, maka bolehlah dianggap Sifat Istitalah sebagai sifat yang berlawanan dengan Sifat Qalqalah
f.       Sekiranya sifat Istitalah ini tidak dibuat pada sesetengah Huruf yang bukan Qalqalah, maka ia cenderung untuk menjadi Qalqalah

5.      Sifat Imalah
·         Dari segi Bahasa Imalah bererti Condong.
·         Dari segi Istilah, Imalah bermaksud sebutan huruf ketika berbaris Atas yang lebih dekat atau condong kepada baris Bawah
·         Sifat atau Istilah ini telah disebut dalam bahagian Baris Far‘i.

No comments:

Post a Comment