Saturday 15 October 2011

06.04 Makhraj Huruf Far'i

Huruf-Huruf Far‘i ada yang terhasil kerana perubahan Makhraj yang juga menyebabkan perubahan Sifat dan ada yang terhasil disebabkan perubahan Sifat sahaja. Terdapat tiga Huruf Far‘i yang terhasil disebabkan perubahan Makhraj,  iaitu

1.      Huruf  ر  Muraqqaqah; ketika menyebutnya
·         Pangkal dan pertengahan Lidah tidak diangkat ke Langit-Langit supaya tidak bersifat Itbaq
·         Kedua-dua Bibir tidak terkedepan supaya tidak bersifat Isti’la
·         Nafas hanya ditekan di Hujung Lidah

2.      Huruf  ل  Mukhaffamah; ketika menyebutnya
·         Pangkal dan pertengahan Lidah diangkat ke Langit-Langit untuk menghasilkan Sifat Itbaq
·         Kedua-kedua Bibir sedikit kedepan supaya bersifat Isti’la
·         Nafas ditekan di sepanjang bahagian Lidah
3.      Huruf  م  dan  ن Munkhafah; ketika menyebutnya
·         Bibir Atas dan Bibir Bawah tidak tertutup rapat ketika menyebut Huruf  م
·         Hujung Lidah tidak bersentuh dengan Gusi ketika menyebut Huruf  ن
·         Nafas mengalir keluar melalui kedua-dua Rongga Hidung (menghasilkan Dengung) dan Mulut
·         Kedudukan Lidah adalah sama ketika menyebut kedua-dua Huruf tersebut (dalam keadakan asalnya)


CATATAN

Antara perbezaan yang ketara dengan kebanyakan pandangan-pandangan lain ialah :

a.       membezakan Makhjaz Huruf  ء dengan Huruf  ه
b.      menyusun Huruf  ش  selepas Huruf-Huruf  ج dan ي
c.       mengkategorikan Huruf  ض  sebagai Huruf Hujung Lidah
d.      menyusun Huruf  ض  selepas Huruf-Huruf  ط, ت  dan  د
e.       Huruf-Huruf   ع   dan  ض   bersifat Rakhawah ketika Wasal
f.       makhraj Huruf  ش  dikaitkan dengan Hujung Lidah
g.      makhraj Huruf-Huruf Muqaddar tidak dimasukkan ke dalam jumlah bilangan Makhraj Huruf
h.      menganggap Huruf-Huruf Far‘i  م  Munkhafah dan  ن  Munkhafah sebagai Huruf yang sama
i.        menukar kedudukan أدنى dan  أقصى
j.        menyatakan Makhraj Huruf-Huruf Far‘i

No comments:

Post a Comment