Sunday 16 October 2011

07. SIFAT HURUF : Sambungan 1...

07.02  PENDETAILAN SIFAT-SIFAT HURUF

Oleh kerana setakat ini saya hanya bertemu dengan tiga puluh lima Sifat maka saya pecahkan kepada tiga kategori daripada tiga puluh lima Sifat-Sifat ini.

I.                   Sifat-Sifat yang tidak menjejaskan bacaan.

i.                    إصمات              -           Ismat
ii.                  إذلاق                -           Izlaq
iii.                لين                 -           Lin     
iv.                علة                  -           ‘Illah
v.                  هوائى               -           Hawai
vi.                أصلية             -           Asliyyah
vii.              زوائد               -           Zawaid
viii.            مذبذبة             -           Muzabzabah 
ix.                ولين مد            -           Mad dan Lin
x.                  إبدال                -           Ibdal
xi.                متصل              -           Muttasil
xii.              مشربة             -           Musyrabah
xiii.            مهطوف              -           Mahtuf
xiv.            راجع                 -           Raji’
xv.              صم اتو صتم   -           Sutm atau Summ
xvi.            جرسي              -           Jirsi


II.                Sifat-Sifat yang terjadi dari Makhraj

i.                    جهر                  -           Jahr
ii.                  همس                 -           Hams
iii.                إطباق               -           Itbaq
iv.                انفتاح            -           Infitah
v.                  شدة                 -           Syiddah
vi.                رخوة                 -           Rakhawah
vii.              انحراف             -           Inhiraf
viii.            تكرير             -           Takrir
ix.                تفشي            -           Tafasysyi
x.                  صفير                        -           Safir
xi.                غنة                  -           Ghunnah
xii.              تفخيم            -           Tafkhim
xiii.            ترقيق            -           Tarqiq
xiv.            خفاء                -           Khafa’


III.             Sifat-Sifat yang mesti dibuat

i.                    استعلاء          -           Isti’la’
ii.                  استفال           -           Istifal
iii.                قلقلة              -           Qalqalah
iv.                استطالة           -           Istitalah
v.                  إمالة                 -           Imalah


IV.             Gelaran Huruf

i.                    الجوفية          -           Jaufiyyah
ii.                   الهوائية         -           Hawaiyyah
iii.                الحلقية           -           Halqiyyah
iv.                اللهوية                        -           Lahwiyyah
v.                  الشجرية          -           Syajariyyah
vi.                الذولقية          -           Zawalqiyyah
vii.              النطعية           -           Nitaiyyah
viii.            اللثوية           -           Lithawiyyah
ix.                الآسلية           -           Asaliyyah      
x.                  الشفهية         -           Syafahiyyah
xi.                الشفوية         -           Syafawiyyah

Gelaran Huruf diberi oleh AlKhalil kepada Huruf-Huruf yang sama atau hampir sama Makhraj.

Saya tidak berhasrat untuk membincangkan secara mendalam mana-mana Sifat dalam kategori pertama iaitu yang tidak menjejaskan sebutan atau bacaan. Sebelum saya menyebut secara terperinci beberapa Sifat tertentu, terlebih dahulu saya ingin membahaskan berkenaan empat Sifat yang saling berkaitan dan sangat penting iaitu Jahr, Hams, Syiddah dan Rakhawah. Keempat-empat Sifat ini adalah Sifat yang berkaitan dengan Mengalir atau Tertahan Nafas dan Suara,.

AlKhalil merupakan orang yang pertama yang mendefinisikan Sifat Jahr dan Hams. Dalam Kitabnya Al‘Ayn20 beliau menyebut bahawa Huruf-Huruf yang bersifat Jahr adalah Huruf-Huruf yang ada Suara manakala Huruf-Huruf Hams adalah Huruf-Huruf yang tidak berSuara.
Sibawayh pula dalam Kitabnya AlKitab, menyatakan Huruf-Huruf Jahr berbunyi dari Peti Suara (Sumber Suara) manakala Huruf-Huruf Hams adalah yang berbunyi di Makhraj.

AlMar‘asyi menyebut dalam Risalahnya bernama AlJahdulMaqal, sekiranya dimulakan dengan suatu suara, kemudian suara itu disandarkan kepada Makhraj; jika Suara masih kekal, maka Huruf tersebut bersifat Jahr, jika tiada lagi Suara, maka Huruf tersebut bersifat Hams. Kaedah yang sama juga boleh digunakan untuk menentukan Sifat-Sifat yang lain.

Hampir semua pandangan yang lain dari tiga pandangan tersebut menyatakan bahawa Sifat Jahr adalah Huruf-Huruf yang tertahan Nafas dan Hams adalah Huruf-Huruf yang mengalir Nafas. Manakala Sifat Syiddah adalah Huruf-Huruf-Huruf yang tertahan Suara dan Sifat Rakhawah adalah Huruf-Huruf yang mengalir Suara.

Saya telah menyebut secara terperinci berkenaan Nafas dan Suara dalam Bab Keperluan Asas Untuk Menyebut Kalimah AlQuran. Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa adalah mustahil untuk mengeluarkan Suara tanpa Nafas. Jika kita meneliti definisi yang terdapat dalam kebanyakan Kitab Tajweed seperti mana saya sebutkan di perenggan atas, maka terdapat Huruf-Huruf yang mengalir Suara tetapi tertahan Nafas (Huruf-Huruf yang bersifat Jahr dan  Rakhawah) iaitu Huruf-Huruf
  و م ز ذ ظ ض ر ن ل ي غ ع
Apakah mungkin dapat disebut Huruf-Huruf tersebut tanpa mengeluarkan Nafas ? Sudah pasti jawapannya tidak. Menyedari perkara ini, saya merasakan definisi sedemikian merupakan suatu kesilapan yang sangat ketara dan boleh mendatangkan masalah dalam menyebut beberapa Huruf tertentu. Oleh yang demikian saya sangat bersetuju dengan definisi asal yang diberi oleh AlKhalil dan muridnya Sibawayh yang kemudiannya diungkapkan semula dalam bentuk yang berlainan oleh AlMar‘asyi di mana saya simpulkan pandangan mereka dengan mudah sebagai : Jahr adalah Huruf-Huruf yang memerlukan Suara untuk menyebutnya manakala Hams adalah Sifat bagi Huruf-Huruf yang tidak memerlukan Suara untuk menyebutnya.

Dr. Hasan Hasan Jabal menyebut dalam bukunya bertajuk AswatulLughatil‘Arabiyyah21, sekiranya seseorang itu membaca dengan tidak bersuara, maka semua Huruf bersifat Hams.

Dengan mengambil hujah bahawa semua Huruf memerlukan Nafas untuk menyebutnya maka Huruf Suara Juga adalah Huruf Nafas atau dengan kata lain, semua Huruf adalah Hams, termasuklah Huruf-Huruf Jahr. Oleh itu Sifat Jahr dan Hams bukanlah Sifat yang berlawanan. Ini jelas menunjukkan bahawa Sifat Jahr adalah Sifat tunggal (Sifat yang tiada lawan).

Dengan pengertian ini, bererti Syiddah adalah Sifat bagi Huruf-Huruf yang tertahan Nafas dan Rakhawah adalah Sifat bagi Huruf-Huruf yang tidak tertahan Nafas atau Suara, dan tidak ada Huruf yang bersifat antara keduanya (Tawassut).

Keempat-empat Sifat tersebut saya telah kategorikan di bawah Sifat-Sifat yang terjadi dari Makhraj. Dengan kata lain tertahan atau mengalir Nafas atau  Suara, adalah disebabkan ketepatan menyebut Makhraj Huruf-Huruf tersebut.

No comments:

Post a Comment