Tuesday 13 December 2011

08. ANALISIS HURUF

Setelah Bab Makhraj Huruf dan Sifat Huruf dibincang secara berasingan, sekarang dilihat pula Makhraj dan Sifat bagi setiap huruf secara serentak.

1.      Huruf  ا
·         Bermakhraj Muqaddar
·         Selama-lamanya tidak menerima baris
·         Bersifat Rakhawah dan Infitah
·         Huruf Jawfiyyah atau Hawaiyyah
·         Huruf yang paling banyak fungsi antaranya :
o   Huruf Mad
o   Huruf Muqatta‘ah
o   Alif Tathniyah
o   Alif Jama’
o   Hamzah Wasal
o   Rumah Hamzah

2.      Huruf  ب
·         Kedua-dua Bibir tertutup rapat ketika menyebutnya
·         Bersifat Jahr, Syiddah, Istifal, Infitah dan Qalqalah
·         Sama seperti Huruf ‘B’
·         Huruf Syafahiyyah atau Syafawiyyah

3.      Huruf  ت
·         Hujung Lidah disentuhkan ke Umbi Gigi Thanayah Atas
·         Bersifat Syiddah, Istifal, Infitah dan Istitalah
·         Hendaklah dijaga supaya tidak mengeluarkan Bunyi lebihan ketika berbaris Mati
·         Sama seperti Huruf ‘T’
·         Huruf Nita‘iyyah

4.      Huruf  ث
·         Hujung Lidah disentuhkan ke Hujung Gigi Thanayah Atas
·         Bersifat Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah
·         Huruf Lithawiyyah

5.      Huruf  ج
·         Tengah Lidah disentuhkan ke Langit-langit Keras
·         Bersifat Syiddah, Jahr, Istifal, Infitah dan Qalqalah
·         Huruf Syajariyyah

6.      Huruf  ح
·         Tengah Halqum disempitkan
·         Bersifat Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah (sama seperti Huruf  ث )
·         Huruf Muqatta‘ah
·         Huruf Halqiyyah

7.      Huruf  خ
·         Hujung Halqum disempitkan
·         Berhati-hati supaya tidak dinaikkan ke Langit-Langit Lembut
·         Bersifat Rakhawah, Isti’la, Infitah dan Istitalah
·         Huruf Halqiyyah
8.      Huruf  د
·         Sama Makhraj seperti Huruf  ت
·         Bersifat Syiddah, Jahr, Istifal, Infitah dan Qalqalah
·         Berhati-hati supaya tidak disentuhkan Hujung Lidah ke langit-langit ketika menyebutnya seperti Huruf Dee (D)

9.      Huruf  ذ
·         Sama Makhraj seperti Huruf  ث
·         Bersifat sama seperti Huruf ث  kecuali Sifat Jahr

10.  Huruf  ر
·         Hujung Lidah dirapatkan ke Gusi Gigi Atas tetapi tidak bersentuh
·         Keseluruhan Lidah dirapatkan ke Langit-langit ketika Tebal
·         Bersifat Jahr, Rakhawah, Isti’la, Itbaq dan Istitalah
·         Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah ketika Nipis
·         Berhati-hati supaya tidak bersifat Takrir
·         Ketika Nipis ianya dikategorikan ke dalam Huruf-Huruf Far‘i
·         Huruf Muqatta‘ah
·         Huruf Zawalqiyyah

11.  Huruf  ز
·         Hujung Lidah bersentuh Papan Gigi Bawah
·         Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah, Istitalah dan Safir
·         Huruf Asaliyyah

12.  Huruf  س
·         Makhraj sama dengan Huruf ز
·         Bersifat sama seperti Huruf ز  kecuali Sifat Jahr
·         Huruf Muqatta‘ah

13.  Huruf  ش
·         Huruf Tengah Lidah berpanjangan sehingga Hujung Lidah
·         Hujung Lidah tidak bersentuh dengan mana-mana bahagian Mulut
·         Bersifat Rakhawah, Istifal, Infitah, Istitalah dan Tafasysyi
·         Huruf Syajariyyah

14.  Huruf  ص 
·         Sama Makhraj seperti Huruf س  kecuali keseluruhan Lidah diangkat ke Langit-langit
·         Bersifat Rakhawah, Istifal, Itbaq, Istitalah dan Safir
·         Huruf Muqatta‘ah

15.  Huruf  ض
·         Hujung Lidah bersentuh dengan Papan Gigi Atas
·         Tepi Lidah bersentuh dengan Papan Gigi Geraham Atas yang setentang dengannya
·         Bersifat Jahr, Syiddah, Isti’la, Itbaq dan Istitalah
·         Salah satu huruf yang tidak sama disebut semasa berbaris Mati ketika di tengah dan di akhir bacaan
·         Sekiranya ia berbaris Mati dan terletak di tengah kalimah, huruf selepasnya disebut sebelum suaranya tertahan menjadikannya seolah-olah bersifat Rakhawah
·         Tiada gelaran diberi kepada Huruf  ض
·         Ada yang mengkategorinya sebagai Huruf Syajariyyah
·         Ada yang mengkategorinya sebagai Huruf Janabiyyah (gelaran ini tidak disebut oleh AlKhalil)

16.  Huruf  ط
·         Sama Makhraj seperti Huruf  ت  kecuali keseluruhan Lidah diangkat dan bersentuh dengan Langit-langit
·         Bersifat Syiddah, Isti’la, Itbaq dan Qalqalah
·         Huruf Muqatta‘ah

17.  Huruf  ظ 
·         Sama Makhraj seperti Huruf  ذ  kecuali keseluruhan Lidah diangkat ke Langit-langit
·         Bersifat Jahr, Rakhawah, Itbaq, Isti’la dan Istitalah
·         Pastikan ianya tidak mengeluarkan Sifat Safir ketika menyebutnya

18.  Huruf  ع 
·         Sama Makhraj seperti Huruf  ح
·         Bersifat Syiddah, Infitah, Istifal dan Istitalah
·         Salah satu huruf yang tidak sama ketika berada di tengah kalimah dan di akhir bacaan semasa berbaris Mati
·         Sekiranya terdapat huruf selepas ع  berbaris Mati, huruf tersebut hendaklah disebut sebelum suara huruf ع  tertahan seolah-olah ianya bersifat Rakhawah 
·         Huruf Muqatta‘ah

19.  Huruf  غ 
·         Sama Makhraf seperti Huruf خ
·         Bersifat sama seperti Huruf  خ kecuali Sifat Jahr
·         Pastikan tidak disebut di Pangkal Lidah

20.  Huruf  ف
·         Huruf Bibir
·         Gigi Atas dirapatkan ke Perut Bibir Bawah
·         Bersifat Rakhawah, Infitah, Istifal dan Istitalah (sama seperti Huruf  ث  dan  Huruf  ح ) 
·         Sama serti Huruf ‘F’
·         Huruf Syafahiyyah

21.  Huruf  ق
·         Huruf Pangkal Lidah
·         Bersifat Syiddah, Infitah, Isti’la dan Qalqalah
·         Pastikan sebutannya tidak ke dalam Halqum
·         Huruf Muqatta‘ah
·         Huruf Zalaqiyyah

22.  Huruf  ك 
·         Huruf Pangkal Lidah dekat dengan Huruf  ق
·         Bersifat Syiddah, Infitah, Istifal dan Istitalah
·         Sama seperti Huruf ‘K’
·         Huruf Muqatta‘ah
·         Huruf Zalaqiyyah

23.  Huruf  ل 
·         Sama Makhraj seperti Huruf  ر
·         Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah
·         Bersifat Jahr, Rakhawah, Isti’la, Itbaq dan Istitalah ketika Tebal atau Taghlidz
·         Sama seperti Huruf ‘L’
·         Huruf Muqatta‘ah

24.  Huruf  م 
·         Sama Makhraj seperti Huruf  ب
·         Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah, Ghunnah dan Istitalah
·         Huruf Muqatta‘ah

25.  Huruf  ن 
·         Sama Makhraj seperti Huruf  ل 
·         Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah, Ghunnah dan Istitalah (sama seperti Huruf  م )
·         Berhati-hati supaya tidak disentuh Hujung Lidah dengan Gigi
·         Huruf Muqatta‘ah

26.  Huruf  و 
·         Sama Makhraj seperti Huruf  م  kecuali Bibir tidak bersentuh
·         Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah

27.  Huruf  ه  
·         Huruf Pangkal Halqum
·         Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah, Istitalah dan Khafa’
·         Salah satu Huruf yang tidak sama ketika berada di tengah bacaan dan di akhir bacaan semasa berbaris Mati
·         Ketika berada di akhir bacaan, Suaranya terhabis
·         Sekiranya terdapat huruf selepas Huruf  ه     Mati, Huruf tersebut hendaklah disebut sebelum suara Huruf  ه   terhabis
·         Huruf Muqatta‘ah
·         Huruf Halqiyyah

28.  Huruf  ء
·         Huruf Tali Suara
·         Bersifat Syiddah, Istifal, Infitah dan Istitalah

29.  Huruf  ي 
·         Sama Makhraj seperti Huruf  ج kecuali Tengah Lidah tidak disentuh ke Langit-langit
·         Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah (sama seperti Huruf و )